www.ubikarikatur.com faq graphic image ubikarikatur mascot 1 image ubikarikatur mascot 2 image
laman utama karikatur contoh lukisan karikatur order karikatur kartunis & karikaturis hubungi kami

SOALAN LAZIM KARIKATUR (F.A.Q)

Mukasurat ini khas untuk menjawab segala soalan atau kemusykilan anda berhubung perkhidmatan karikatur kami. Sekiranya jawapan kepada persoalan anda tiada di sini, sila hubungi kami.

SOALAN TEMPAHAN KARIKATUR

-BAGAIMANA CARA UNTUK SAYA MENEMPAH LUKISAN KARIKATUR?
-KAEDAH PEMBAYARAN APAKAH YANG DITERIMA?
-BERAPAKAH CAJ HARGA UNTUK LUKISAN KARIKATUR UBI?
-ADA DISKAUN TAK?
-APAKAH SAIZ DAN FORMAT LUKISAN KARIKATUR TEMPAHAN SAYA?
-BAGAIMANA CARANYA TEMPAHAN DIHANTAR KEPADA SAYA?
-BAGAIMANA CARANYA LUKISAN KARIKATUR SAYA ITU DIHASILKAN?
-BOLEHKAH KARIKATUR SAYA ITU DILUKIS DALAM APA JUA AKSI DAN KEADAAN?
-BERAPA LAMA TEMPOH UNTUK MENDAPATKAN TEMPAHAN SAYA?
-BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHANTAR GAMBAR? ADA FORMAT TERTENTU KE?
-SAYA CUMA ADA SATU SAJA GAMBAR... CUKUP KE?
-SAYA BERMINAT UNTUK KARIKATUR BERKUMPULAN. PERLUKAH SAYA MENGHANTAR GAMBAR KAMI SEMUA BERKUMPUL DI DALAM SATU GAMBAR?
-SAYA SUDAH SEDIA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN, TETAPI SAYA MENUNGGU BEBERAPA KEPING GAMBAR SAHAJA LAGI DARI AHLI KUMPULAN SAYA. BOLEHKAH SAYA HANTAR APA YANG ADA DAHULU DAN HANTAR SELEBIHNYA KEMUDIAN?
-BOLEHKAH SAYA MENGGUNAKAN LUKISAN KARIKATUR SAYA UNTUK PENGIKLANAN?
-ADAKAH DENGAN MENCETAK KAD RAYA PERIBADI DIKIRA SEBAGAI PENGIKLANAN?
-SAYA INGIN MENEMPAH LUKISAN LEBIH DARI SEORANG TETAPI SAYA INGINKAN GAMBAR MEREKA DILUKIS BERASINGAN. PERLUKAH SAYA MENGISI BORANG BERASINGAN BAGI SETIAP ORANG?
-BOLEHKAH SAYA MEMBUAT TEMPAHAN CETAKAN KARIKATUR SAYA SEKALI?
-ADAKAH KARIKATUR SAYA AKAN DIPAMERKAN DI LAMAN WEB INI?

 

SOALAN KARIKATUR UNTUK MAJLIS DAN ACARA

-APAKAH PROSES UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN INI?
-APAKAH KARIKATUR HITAM PUTIH ATAU WARNA YANG AKAN DIHASILKAN PADA ACARA?
-ADAKAH SAYA AKAN MENDAPAT KARTUNIS DAN PELUKIS YANG BAGUS?
-ADA DISKAUN TAK?
-BERAPA BANYAK KARIKATUR YANG BOLEH DIHASILKAN DALAM MASA SEJAM?
-PERLUKAH SAYA MENYEDIAKAN APA-APA KEPADA KARTUNIS DAN PELUKIS?
-BERAPAKAH SYARAT JUMLAH MASA MINIMA UNTUK SATU TEMPAHAN?
-PERKHIDMATAN INI UNTUK SELURUH MALAYSIA KE?

back to top

 

SOALAN UNTUK UBI

-BOLEH TAK SIARKAN BIODATA UBI?
-BOLEH KE MINTAK UBI LUKISKAN APA-APA UNTUK SAYA?
-BAGAIMANA UBI MENYARA HIDUP DENGAN MELUKIS KARTUN?
-BOLEH TAK UBI MENGAJAR SAYA MELUKIS?
-BOLEH TAK KALAU SAYA JEMPUT UBI UNTUK MENJAYAKAN APA-APA ACARA?
-BAGAIMANA CARANYA NAK CONTACT UBI? DAN BAGAIMANA SAYA INGIN MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERBARU BELIAU?

back to top

 

SOALAN TEMPAHAN KARIKATUR

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK SAYA MENEMPAH LUKISAN KARIKATUR?
Untuk membuat tempahan karikatur anda, sila isikan borang tempahan karikatur.

back to top

KAEDAH PEMBAYARAN APAKAH YANG DITERIMA?
Untuk pembayaran, anda boleh membayar melalui kaedah ATM Deposit, ATM Transfer, Online Banking dan Maybank2u ke dalam akaun bank kami (Maybank & Public Bank).

BERAPAKAH CAJ HARGA UNTUK LUKISAN KARIKATUR UBI?
Harga untuk lukisan Hitam Putih adalah RM67 dan Warna RM97. Harga tersebut adalah kadar untuk seorang. Semua lukisan karikatur dalam keadaan penuh satu badan dengan pelbagai aksi pilihan anda.

ADA DISKAUN TAK?
Ya, kami ada menawarkan diskaun untuk tempahan dalam kuantiti yang banyak. Anda layak mendapat diskaun sekiranya anda membuat tempahan 4 orang dan keatas, samada lukisan tersebut secara berasingan atau berkumpulan, asalkan tempahan dibuat dalam satu order.
Diskaun adalah sebanyak:

  • 10% untuk tempahan 2 orang,,
  • 15% untuk 3-6 orang,
  • 20% untuk 7 dan keatas.

back to top

APAKAH SAIZ DAN FORMAT LUKISAN KARIKATUR TEMPAHAN SAYA?
Karikatur anda akan dilukis dalam saiz A3 (297mm X 420mm) di dalam format JPEG. Resolusi adalah pada 300dpi dan amat sesuai untuk cetakan berkualiti walaupun untuk saiz poster (A2).

BAGAIMANA CARANYA TEMPAHAN DIHANTAR KEPADA SAYA?
Karikatur digital anda akan dihantar secara percuma terus ke akaun email anda.

BAGAIMANA CARANYA LUKISAN KARIKATUR SAYA ITU DIHASILKAN?
Lukisan karikatur kami adalah hasil karya asli Kartunis Ubi. Karikatur kami bukan ditekap atau diubahsuai dari gambar asal anda yang discan ke dalam komputer menggunakan Photoshop atau perisian mengubahsuai gambar yang lain. Untuk melihat cara kami menghasilkan karikatur sila klik ke mukasurat proses melukis karikatur.

BOLEHKAH KARIKATUR SAYA ITU DILUKIS DALAM APA JUA AKSI DAN KEADAAN?
Ya, anda boleh memilih apa jua aksi, gaya, keadaan, pakaian uniform, warna rambut, hobi, pekerjaan, latarbelakang dan lain-lain lagi. Nyatakan saja kehendak dan imaginasi anda.... You dream it, Ubi draw it!! Klik di sini untuk contoh idea aksi dan aksi karikatur. Anda juga boleh meminta supaya karikatur anda dilukis seperti mana-mana contoh lukisan karikatur yang anda lihat di laman web kami. Hanya nyatakan ketika anda membuat tempahan pada borang tempahan karikatur.

back to top

BERAPA LAMA TEMPOH UNTUK MENDAPATKAN TEMPAHAN SAYA?
Tempoh penghasilan karikatur adalah 5 ke 7 hari bekerja dari pembayaran anda disahkan. Kadangkala tempohnya lebih pendek, bergantung kepada kesibukan dan beban kerja Ubi ketika tempahan dibuat. Jika tempahan dibuat pada hari Ahad dan cuti umum, penghasilan karikatur akan bermula pada hari bekerja berikutnya.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHANTAR GAMBAR? ADA FORMAT TERTENTU KE?
Gambar dan foto boleh dihantar dalam format GIF dan JPEG. Selepas membuat pembayaran, anda boleh menghantar gambar anda melalui alamat email yang akan kami berikan nanti. Anda boleh menghantar seberapa banyak pun gambar untuk memastikan semua bentuk dan raut muka dapat dilihat dengan jelas.

SAYA CUMA ADA SATU SAJA GAMBAR... CUKUP KE?
Asalkan ianya cukup jelas sudah mencukupi untuk menghasilkan karikatur yang baik. Bagaimanapun pihak kami akan berhubung dengan anda sekiranya kami memerlukan gambar lain.

back to top

SAYA BERMINAT UNTUK KARIKATUR BERKUMPULAN. PERLUKAH SAYA MENGHANTAR GAMBAR KAMI SEMUA BERKUMPUL DI DALAM SATU GAMBAR?
Tidak. Setiap gambar akan dilukis secara individu terlebih dahulu. Jadi tiada beza samada anda menghantar gambar berkumpul atau foto individu mereka. Walaubagaimanapun adalah lebih mudah untuk melukis dari foto individu kerana saiz imej yang lebih besar dan jelas.

SAYA SUDAH SEDIA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN, TETAPI SAYA MENUNGGU BEBERAPA KEPING GAMBAR SAHAJA LAGI DARI AHLI KUMPULAN SAYA. BOLEHKAH SAYA HANTAR APA YANG ADA DAHULU DAN HANTAR SELEBIHNYA KEMUDIAN?
Boleh tetapi kami akan mula menghasilkan tempahan karikatur anda selepas semua gambar diperolehi.

BOLEHKAH SAYA MENGGUNAKAN LUKISAN KARIKATUR SAYA UNTUK PENGIKLANAN?
Tidak. Harga yang ditawarkan untuk servis karikatur kami ini hanyalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Sebarang hasil lukisan yang akan digunakan untuk tujuan pengiklanan atau komersil perlu mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ubi. Jika anda berhasrat untuk menggunakan karikatur anda secara komersil sila isikan borang tempahan karikatur komersil. Pihak kami akan menghubungi anda untuk sebutharga projek tersebut. Sebutharga tersebut merangkumi servis melukis dan surat pelepasan hakcipta.

back to top

ADAKAH DENGAN MENCETAK KAD RAYA PERIBADI DIKIRA SEBAGAI PENGIKLANAN?
Tidak. Pihak kami amat menggalakkan anda mencetak kad jemputan, kad ucapan, t-shirt dan barangan lain menggunakan gambar karikatur anda, asalkan ianya hanya untuk kegunaan peribadi dan tiada unsur-unsur komersialisasi.

SAYA INGIN MENEMPAH LUKISAN LEBIH DARI SEORANG TETAPI SAYA INGINKAN GAMBAR MEREKA DILUKIS BERASINGAN. PERLUKAH SAYA MENGISI BORANG BERASINGAN BAGI SETIAP ORANG?
Tidak. Hanya nyatakan sahaja di borang tempahan karikatur (bahagian LAIN-LAIN) bahawa anda mahukan semua gambar yang anda hantar untuk dilukis secara individu. Dengan itu kami akan tahu sekiranya 5 gambar yang diterima, maka kami akan melukis karikatur mereka sebagai 5 gambar berasingan. Lagipun dengan membuat tempahan sekali dalam kuantiti yang banyak akan melayakkan anda untuk mendapat potongan harga istimewa daripada kami.

BOLEHKAH SAYA MEMBUAT TEMPAHAN CETAKAN KARIKATUR SAYA SEKALI?
Maaf, buat masa ini kami tiada menyediakan perkhidmatan tersebut. Sekiranya anda ingin lukisan anda di cetak, sila burnkan file imej karikatur tersebut ke dalam CD dan hantarkannya pada syarikat yang menawarkan khidmat percetakan di tempat anda. Anda juga boleh mencetaknya terus dari komputer anda menggunakan printer rumah sahaja. Dan untuk hasil cetakan yang terbaik, pastikan anda menggunakan kertas berkualiti tinggi untuk cetakan gambar.

back to top

ADAKAH KARIKATUR SAYA AKAN DIPAMERKAN DI LAMAN WEB INI?
Gambar dan karikatur anda berkemungkinan akan terpilih untuk disiarkan sebagai contoh hasil kerja kami. Sekiranya anda enggan gambar anda disiarkan, hanya nyatakan (di bahagian LAIN-LAIN) ketika mengisi borang tempahan karikatur anda.

 

SOALAN KARIKATUR UNTUK MAJLIS DAN ACARA

APAKAH PROSES UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN INI?
Pertama sekali isikan borang permohonan karikatur untuk majlis & acara. Kami akan menjawab email anda dalam tempoh 24 jam. Setelah persetujuan dicapai, anda perlu mendepositkan 50% dari caj harga yang telah dipersetujui ke akaun bank kami untuk meletakkan acara/majlis/parti anda dalam jadual perkhidmatan kami. Kami akan tiba ke lokasi setengah jam sebelum acara bermula. Baki 50% lagi hendaklah dijelaskan setelah semuanya selesai.

back to top

APAKAH KARIKATUR HITAM PUTIH ATAU WARNA YANG AKAN DIHASILKAN PADA ACARA?
Karikatur hitam putih ataupun warna... apapun boleh untuk acara/majlis/parti anda. Berdasarkan pengalaman kami, kebanyakan pelanggan lebih gemar memilih karikatur hitam putih kerana lebih ramai jemputan berpeluang mendapat lukisan karikatur mereka. Ini kerana masa yang diambil untuk melukis karikatur warna adalah dua kali ganda daripada karikatur hitam putih.

ADAKAH SAYA AKAN MENDAPAT KARTUNIS DAN PELUKIS YANG BAGUS?
Semua karikatur yang dihasilkan oleh artis dan kartunis kami mempunyai unsur elemen kartun yang menarik dan 'cute'. Walaupun setiap lukisan setiap pelukis adalah berbeza, namun lukisan mereka adalah sangat profesional kerana kebanyakannya pernah berkhidmat untuk Majalah Ujang dan mereka semua pernah melalui proses pendedahan dan latihan yang sama.

ADA DISKAUN TAK?
Caj perkhidmatan kami adalah sangat berpatutan. Kami menawarkan diskaun istimewa untuk pelanggan yang menempah perkhidmatan ini secara kerap dan berpanjangan (regular customer).

back to top

BERAPA BANYAK KARIKATUR YANG BOLEH DIHASILKAN DALAM MASA SEJAM?
Kartunis kami boleh menyiapkan satu lukisan karikatur hitam putih dalam tempoh kurang daripada 10 minit. Semua lukisan karikatur dalam keadaan penuh satu badan dengan pelbagai aksi.

PERLUKAH SAYA MENYEDIAKAN APA-APA KEPADA KARTUNIS DAN PELUKIS?
Anda hanya perlu menyediakan meja dan kerusi untuk kartunis serta beberapa kerusi lagi untuk jemputan anda duduk ketika wajah mereka dilukis. Kartunis dan pelukis kami akan membawa peralatan melukis dan kertas mereka sendiri.

BERAPAKAH SYARAT JUMLAH MASA MINIMA UNTUK SATU TEMPAHAN?
Syarat minima untuk satu tempahan adalah seorang kartunis untuk sesi selama 2 jam.

PERKHIDMATAN INI UNTUK SELURUH MALAYSIA KE?
Buat masa ini kami hanya tertumpu ke sekitar Lembah Kelang, Seremban dan Melaka sahaja. Sekiranya acara atau majlis anda berlangsung di negeri lain selain di atas, anda boleh juga memohon untuk mendapatkan perkhidmatan ini menggunakan borang perkhidmatan karikatur acara kami. Jika tiada apa-apa masalah dan jadual kerja mengizinkan, kami akan cuba untuk memenuhi jemputan anda.

back to top

 

SOALAN UNTUK UBI

BOLEH TAK SIARKAN BIODATA UBI?
Biodata Ubi? Klik kat sini...

BOLEH KE MINTAK UBI LUKISKAN APA-APA UNTUK SAYA?
Boleh, isikan aje borang tempahan karikatur. Korang boleh mintak lukisan otograf percuma daripada beliau kalau korang ada jumpa dia kat mana-mana... Good luck ok!

BAGAIMANA UBI MENYARA HIDUP DENGAN MELUKIS KARTUN?
Senang aje... dia tak pernah melukis secara percuma untuk sesiapapun... :)

back to top

BOLEH TAK UBI MENGAJAR SAYA MELUKIS?
Maaf, kerana kesuntukan masa dan padat dengan jadual kerja, Ubi tiada menerima sesiapa untuk belajar melukis secara peribadi bersama beliau buat masa ini. Walaubagaimanapun, ada ketikanya beliau dijemput untuk menjayakan beberapa kelas dan bengkel melukis kartun. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.

BOLEH TAK KALAU SAYA JEMPUT UBI UNTUK MENJAYAKAN APA-APA ACARA?
Kartunis Ubi boleh dijemput untuk menjayakan sebarang acara jualan, pameran lukisan, sesi karikatur untuk majlis dan acara, hakim pertandingan melukis/mewarna, fasilitator bengkel melukis kartun dll.
Untuk pertanyaan dan perbincangan lanjut sila hubungi kami.

BAGAIMANA CARANYA NAK CONTACT UBI? DAN BAGAIMANA SAYA INGIN MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERBARU BELIAU?
Untuk menghubungi Ubi sila klik di sini. Untuk berita terbaru mengenai beliau, sila lawati laman blog rasmi beliau - www.KartunisUbi.com

 

back to top

 

 

 
TM & © 2008, UBI. Hakcipta Terpelihara.
Perkhidmatan Karikatur Online Ubi | Online Caricature Services by Ubi