PERLUKAN SESI KARIKATUR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS, PARTI & ACARA ANDA?
TEMPAHLAH KARTUNIS & PELUKIS KARIKATUR KAMI SEKARANG!
PARTI HARIJADI - PERPISAHAN - PERSARAAN - ALUMNI
Walau apa pun jua jenis dan tema parti anda, pastinya keutamaan anda adalah untuk menghiburkan para jemputan. Sesi lukisan karikatur pastinya akan meninggalkan kenangan manis buat tetamu anda!


MAJLIS PERASMIAN - PEMBUKAAN - PELANCARAN
Sememangnya majlis-majlis seumpama ini memerlukan perhatian. Pelukis karikatur kami akan memastikan para hadirin terhibur. Tetamu yang hadir dijamin akan kagum dengan cenderahati yang bakal mereka terima di majlis tersebut, membuatkan mereka akan sentiasa mengingatinya buat selamanya!

INGIN WAJAH JEMPUTAN ANDA DI'KARTUN'KAN? TEMPAHLAH KAMI SEKARANG!

MAJLIS KORPORAT - JAMUAN - MAJLIS TAHUNAN - HARI KELUARGA
Inilah masanya untuk anda meraikan staf dan kakitangan syarikat anda! Tunjukkan betapa mereka dihargai apabila wajah mereka di'kartun'kan dengan lukisan karikatur menarik daripada kami!


KONVENSYEN - KARNIVAL - PAMERAN PERDAGANGAN
Serlahkan daya tarikan di booth anda! Pastinya pelawat akan tertarik dengan apa yang bakal mereka perolehi dan tidak lagi sekadar lalu sahaja di situ!

Bayangkan apa yang dapat dilakukan dalam tempoh 10 minit pelukis kami menyiapkan karikatur pelawat anda. Inilah masanya untuk anda menerangkan dengan terperinci mengenai produk dan servis anda. Pastinya mereka akan memberi sepenuh perhatian dengan penerangan anda. Hanya isikan sahaja borang tempahan karikatur untuk majlis, parti dan acara ini dan kami akan memudahkan segalanya untuk anda!


Samada 10 maupun 10,000 orang tetamu, pastinya KAMILAH pilihan yang terbaik untuk anda! Kartunis dan pelukis karikatur kami bukan hanya sekadar menghasilkan lukisan karikatur yang berkualiti, malahan mereka akan memastikan tetamu anda tidak kering gusi dengan telatah dan lawak jenaka mereka!

Anda juga boleh meletakkan logo syarikat dan produk anda pada kertas lukisan karikatur. Apabila pelawat anda pulang ke pejabat atau rumah mereka, logo dan nama syarikat anda akan dipamerkan tatkala lukisan karikatur mereka digantung di atas dinding. Tak perlu lagi anda membazirkan wang untuk keychain, belon, pen dan cenderahati lain yang pastinya akan dibuang. Dapatkan cenderahati berupa lukisan karikatur daripada kami yang pastinya akan disimpan dan dijaga dengan baik bertahun lamanya!

Juga sebagai cenderahati untuk VIP majlis anda!
(Contoh: Hadiah kepada YAB Datin Noraini binti Abdullah - Isteri bekas Menteri Besar Kedah)
TEMPAHLAH KAMI SEGERA SEBELUM KAMI DITEMPAH ORANG LAIN!
Untuk sebarang pertanyaan, sila lawati mukasurat Karikatur FAQ kami.
back to top