TERMA & SYARAT TEMPAHAN KARIKATUR
Sebelum membuat tempahan karikatur, pastikan anda telah membaca dan faham akan segala syarat dan terma yang terkandung di mukasurat ini. Dengan menggunakan laman web ini, membuat tempahan dan membeli perkhidmatan karikatur daripada kami, bermakna anda telah setuju dan terikat dengan segala terma dan syarat yang termaktub:
SERVIS:
Anda berhak untuk memohon dan mendapatkan servis perkhidmatan karikatur kami selagi anda mematuhi segala syarat dan terma yang terkandung di laman web ini. Pihak kami berhak untuk menolak atau membatalkan sebarang permohonan untuk mendapatkan servis kami tanpa memberikan apa-apa sebab.
KEPUASAN DIJAMIN:
Kami menjamin anda akan berpuashati dengan segala lukisan karikatur yang dihasilkan oleh pihak kami. Sekiranya anda tidak berpuashati dengan hasil karikatur yang telah disiapkan, anda berhak memohon pengubahsuaian dilakukan terhadap lukisan tersebut dengan percuma. Walaubagaimanapun, caj tambahan sebanyak 50% akan di kenakan sekiranya
terdapat beberapa perubahan yang diminta berlainan daripada permintaan asal karikatur yang telah di siapkan.
HAKCIPTA:
Segala hakcipta lukisan karikatur yang dihasilkan adalah menjadi hakmilik mutlak pelukis. Segala karya yang dihasilkan samada untuk individu maupun syarikat adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak boleh dicetak, diterbit, disalin ataupun digunakan untuk apa-apa tujuan komersil tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pelukis asal. Pihak kami berhak untuk mengguna semula segala imej lukisan yang dihasilkan oleh pihak kami, dan/ataupun sebahagian daripada imej tersebut dalam apa cara sekalipun. Sekiranya anda berhasrat untuk tidak membenarkan pihak kami menggunakan imej/lukisan tersebut dalam apa-apa cara pun, anda bolehlah membuat permohonan secara bertulis terus kepada pihak kami.
POLISI PRIVASI:
Pihak kami berjanji bahawa apa-apa jua dan segala data peribadi yang diberi sewaktu proses memohon servis akan disimpan kerahsiaannya dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana individu ataupun badan-badan selain pihak kami untuk apa tujuan sekalipun. Kami mengambil perhatian serius terhadap hal-hal privasi dan keselamatan
dan adalah menjadi kepentingan kepada kami bahawasanya anda faham
dan selesa dengan standard privasi kami. Walaubagaimanapun, segala maklumat tersebut akan dan boleh diguna untuk tujuan promosi pihak kami dan yang berkaitan dengan kami.
PERTUKARAN TERMA/SYARAT & POLISI:
Pihak kami berhak menukar segala terma, syarat polisi yang termaktub di laman web ini apabila dirasakan perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.
<< KEMBALI
|